Feeds RSS
Feeds RSS

Sunday, April 25, 2010

Jalan Jalan Cari Makan - Teluk Ketapang

Salam semua. Harap maaf diatas kelambatan mengemaskini blog.Al maklumlah....sibuk yang amat.

Aku skrg ni sebenarnye dah terlampau rindu nak balik ghanu. Sebabnya mengidam sangat nak makan belut.Cerita makan belut yang terbaik di kuala terengganu saye akan update kemudian. Untuk entry kali ni, aku nak kongsi cerita tentang makan² yg resepinya hanya celup celup pastu goreng. Orang negeri aku panggil makanan ni ikan celup tepung.Sebenarnye bukan ikan saja yang dicelup tepung...sotong...udang...ketam...ikan pari .. pun dicelup celup ngan tepung..pastu goreng...sangat sedap weh!!!!

Lokasi kedai makan celup² tepung ni yang terbaik adalah di kawasan lapangan terbang atau nama glamornya di belakang AIRPORT.Kawasan ni namanya Teluk Ketapang.Memang betul² dibelakang lapangan terbang sultan mahmud. Aku pun ada nak cerita tentang lapangan terbang ni, tapi nantilah. entry yang akan datang ye.sabo :D

Ok.sambung cerita.Slalunya waktu petang² hujung minggu adelah waktu yang paling ramai org berkunjung kat kedai² area sini. Perjalanan hanya mengambil masa 15minit dari Bandar Kuala Terengganu. Kalau sape² tak tau kat mana pantai teluk ketapang ni...ikut saja signboard ke Lapangan Terbang..Nanti anda akan jumpa la Pantai ni.

Kat sini banyak sangat kedai yang menjual ikan celup tepung ni. Tapi kedai yang slalu aku pegi ni sgt special.Sbb setakat yang aku servey semua kedai di kawasan ni...kedai inilah yang terbaik. Lokasi yang strategik, menghadap laut, tempat letak kereta pun lapang dan yang paling best adalah....gorengannya sangat rangup dan sedap dan harga juga berpatutan!!!!Pekena pula dengan air kelapa muda.Memang terbaik!!!RM5 utk sepinggan gorengan :D Nama kedai ni ICT Pok Long ( Seafood ) dan waktu perniagaan adalah dari jam 2.15pm-7.30pm.

Untuk entry kali ni...aku bawak ibu yang disayangi dan sepupu ku dari johor makan ikan celup tepung.Harga semuanya adalah dalam lingkungan RM30.Memang sangat kenyang!!!!!

Tak mo cerita banyak...layarilah gambar dibawah ni :D Sure korang kecur air liur punye lah!!!!Tunggu ape lagi...google map dah ade kat bawah tu...sila lah datang ke sini utk rasa ikang celup tepung original trg punya :D

yeah!!! my favourite :D

Jemput makan :D

Sedapnye!!!

Air kelapa muda.Angin sepoi² bahasa dari laut memang menenangkan hati dan sgt nyaman .. tambah feeling time makan :D


Sila klik untuk tumbesaran yang sihat :D

Selamat mencuba Ikan Celup Tepung!!!Anda gerenti puas hati :D

9 comments:

Noraini said...

oh ..sy mcm tau kedai ni kt mn?wah tgk gmbar akk ni terasa mcm nk mkn ikan celop tuh..huhu..

aim-a said...

aini: kedai ni mmg senang sgt nak cari...betul² kat belakang airport...ikut aje jalan lapangan terbang tu. sgt sedap!! sila lah dtg ke ghanu..makan kat sini. :D

chemistry_lady said...

peraduan ape yg ko cuba masuk neh

aim-a said...

chemistry lady: ni adelah pertandingan blog anjuran kerajaan negeri terengganu :D semuanya tentang negeri kesayanganku ini :D

Norfa said...

sedapnya ikan celup tepung

aim-a said...

norfa: mmg sgt best!!! :D

GadisGula-gula said...

mak eih.. sedapnye... terliur..

Kak T said...

pernah singgah sekali setelah berpuluh2 tahun tak pergi makan ikan celup tepung

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

ada nak kongsi cerita??? letak je kat sini :D